Tuesday, November 24, 2015

Cerita 2015 dan Songket Passport Wallet

Beberapa minggu lagi tahun 2015 akan melabuhkan tirainya. Rupanya satu post pun saya tak kongsikan kat sini. Lamanya blog ni bersawang. Banyak cerita hendak dikongsikan tetapi masa tak begitu mengizinkan. Dunia akhir zaman ni, masa begitu cepat berlalu.
Banyak perkara yang berlaku pada tahun ni. Rancangan Allah tentunya lebih baik dari rancangan kita, setiap ujian ditempuh dengan redha dan tabah. Moga hati lebih tenang dan sentiasa bersyukur dengan nikmatNya.
Anak-anak makin membesar, Amjad masuk kelas 2 tahun depan. Al-Fateh pun mula masuk kindergarden. Aslam teman ibu kat rumah. Tahun 2015, fateh sekolah seminggu je kat Pasti..hihi. Ni gara-gara dlm kelasnya ada 4 orang pelajar dan dia seorang je lelaki, mati kutu dia takde kawan..kesian. Jadi kitaorang rehatkanlah dia untuk tahun ni. Tahun depan baru masuk sekolah.
Projek jahitan sweetlilcraft masih lagi berjalan seperti biasa. Mesin jahit pun dah ada 4. 1 mesin jahit lurus portable, mesin jahit tepi, mesin sulam dan mesin jahit lurus industri. Tapi masih berangan nak menambah mesin lagi..hihi. Kali ni nak kumpul duit hasil jualan untuk beli mesin sulam V3 atau lebih besar.. :)
Ni saya share satu hasil jahitan terbaru. Passport wallet dari kain songket. Kain songket ni cantik dan lambang bangsa kita. Jadi kita memang patut berbangga dengan warisan kita yang tak lapuk dek hujan, tak lengkang dek panas, kan. Untuk tengok hasil kraf yang lain boleh follow instagram saya.
Oklah, sampai jumpa lagi..sayonara ^^/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...