Friday, January 10, 2014

2014 Sweetlilcraft

Selamat Tahun Baru semua, harap-harap masih belum terlambat mengucapkannya. Sekarang Januari 2014, bila diingatkan semula.. saya mula menulis di blog ni pada tahun 2009. April 2009, sweetlilcraft dibuka. Dah 5 tahun dah. Tak banyak perubahan pun. Kawan-kawan seangkatan ada yang telah maju ke depan, terumatana sekocinorlie. Saya sangat  bangga dengannya.

Sebelum bersalin anak pertama, saya ambil keputusan untuk berhenti kerja dan tumpukan sepenuh perhatian pada anak. Namun, dalam masa yang sama ingin buat sesuatu untuk memenuhi luang masa dan menambah sedikit duit poket. Waktu tu saya memang tak tahu nak buat apa, satu hari suami saya balik rumah dan bawa mesin jahit. Haha..surprise. Saya jahit je apa yang terlintas. Pada tahun 2008-2009 tu, kraf felt baru nak berkembang. Beg jarang sangat jumpa. Mula-mula saya buat felt, memang masa tu terlintas nak buat felt craft sebab tu jadi sweet LIL craft, kononnya kraf yang kecik. (tapi sekarang kraf yang besar..).  Sambil buat felt saya suka-suka jahit beg dan pencil case. Tapi kita merancang, Allah yang menentukan..saya dapat banyak order untuk buat beg dari felt. Akhirnya felt berkubur, tinggallah jahit beg.

Tengah rancak dapat order pada tahun 2010, saya mengandung anak kedua. tahun 2011 saya  terpaksa cuti menjahit sebab tak boleh masuk bilik jahit, tengok kain pun nak muntah. Badan pun tak kuat, pinggang sakit dan tak boleh duduk lama untuk menjahit. Tahun 2012-2013, saya kembali menjahit tapi dah slow motion sebab ada anak kecik. Saya jahit mengikut apa yang orang order, beg pun dah slow. Felt craft dan beg dah berkembang macam cendawan tumbuh selepas hujan. Bahan-bahan untuk kraf senang diperolehi, begitu juga untuk jahit beg. Mood menjahit pun ikut musim kekadang datang moog jahit beg, kekadang datang nak menyulam..haha, macam2. 

Apapun sweetlilcraft hanya sampingan, paling penting pada saya adalah anak-anak, saya takut sibuk siapkan tempahan anak-anak pulak terbiar. Niat berhenti kerja dulu pun untuk anak-anak, kan. Semoga Allah berikan yang terbaik.

Ni hasil sulam cover buku akaun saya tahun ni..azam tahun ni list semua duit keluar masuk. Tahun yang lepas-lepas list separuh je. Pastu hilang ntah ke mana..haha. 


All the best pada semua ^^!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...