Wednesday, September 17, 2014

Applique Zipper Pouch

Salam..

Seminggu dua ni banyak masa free, banyak juga senarai benda yang nak dibuat tapi perlahan juga projeknya sebab mudah penat. Anemia semasa mengandung memang penat. Ni dah masuk 31 minggu, biasanya minggu 37-38 dah bersalin, yang ni tak tahu lah pulak. Moga segalanya dipermudahkanNya.

Hujung minggu lepas saya jumpa satu blog dan terus jatuh cinta. Kreatif, cantik dan comel hasil tangannya. Blog Amy dari nanacompany. Kain yang digunakan kebanyakan ala-ala inggeris, roses dan bunga kecil-kecil. Mulalah gian nak cari kain yang sama..hehe. Tapi puasa kain dulu buat masa ni. Banyak lagi benda lain yang sedang menunggu.

Mengambil inspirasi dari blog Amy, saya buat beberapa projek. Tapi yang siapnya baru satu..huhu. Kain perca saya gunting kecil-kecil dan iron atas kertas gam untuk applique (tak tahu kertas tu nama apa sebab beli 1meter dari group fb), ada juga orang guna fusible web tapi nak jimat guna je interfacing atau kertas gam yang biasa jual kat kedai jahit.


Saya susun rapat-rapat supaya seterika panas tidak kena pada gam kertas tu. Agak-agak lekat je saya gunting satu-satu dan barulah seterika balik bagi betul-betul lekat dan kemas.



Yang ni dah siap diseterika dan digunting.Projeknya terbekalai sekejap sebab gunting zigzag dah tumpul,  kenalah beli yang baru. Dah ada gunting tu baru boleh sambung balik projek ni.



Sementara tu simpan dalam balang recycle. Sheep tu dari clay saya buat sendiri tau. Saya belajar dari kak schila dari Creative Bead/Clays. Seronok pulak uli-uli clay ni, tak perlu masuk oven. Biarkan kering dan keras dengan sendirinya. Nak belajar boleh contact dia kat fb pagenya


Haaah..yang ni applique juga. Gunting kain yang memang ada gambar kiut miut tu.



Hasilnya saya tampal pada zipper pouch saya. Sesiapa nak order zipper pouch yang ada apa-apa gambar applique ataupun sulam boleh order sementara belum meletop ni..hihi. Lepas tu jahit lepas pantanglah. Yang ni sample, untuk kegunaan sendiri ;)

Ok, sambung kerja.. ^^.

Sunday, August 31, 2014

Diapers Changing Pad and Diaper Pouch

Hi semua,

Minggu lepas siapkan diapers changing pad & diapers pouch. Kain untuk diapers changing pad tu 100% cotton dan imported dari US dan lapik belakangnya pula saya guna fabrik PUL (Polyurethane Laminate) yang biasa orang guna untuk buat cloth diapers. Saya jahit quilt dengan bahagian tengah dilapisi batting. Jadi diapers changing pad tu agak tebal tapi lembut.


Pouch pulak dari kain cotton yang sama dan dilapisi lininig dan interfacing. Saya memang suka hasilnya. InshaAllah, nak jahit juga satu untuk bakal bayi yang akan lahir bulan Nov ni. Alhamdulillah, Ayuni dari Mummy Confessionals pun suka. Terima kasih Ayuni atas tempahan dan kepercayaan ^^.

Oklah, sampai jumpa lagi.

Tuesday, August 19, 2014

Tempahan sulaman kini dibuka

Salam semua..

Lamanya tak posting, last bulan Mac hari tu. Selepas disahkan mengandung anak ketiga, saya mabuk teruk. Langsung tak masuk bilik jahit apalagi memasak dan mengemas. Melepek je atas katil. Jadi memang kerja-kerja menjahit mahupun sulaman ditinggalkan terus. Alhamdulillah, cukup minggu ke 12-14, mabuk dah kurang tapi badan masih lagi lemah. Kerja menjahit memang ke laut, cuma sulam sikit-sikit tu bolehlah. 

Sekarang masuk bulan ke 6, dah mula ambil order menyulam dan menjahit. Tapi menjahit benda yang simple dan kecil-kecil bolehlah. Yang besar-besar belum ada kekuatan dan moodnya. Kalau menjahit tanpa mood susah juga, lain pulak jadinya.

Ni adalah beberapa hasil sulaman yang lepas, 






Sulam tuala



Make up pouch yang disulam paisley


Tapak pouch dijahit lain sedikit dari biasa. Make up pouch ni lama dah dijahit. Rasanya awal tahun atau akhir tahun lepas. Banyak juga hasil jahitan yang tak dipost di blog. Sekarang banyak dipost dalam fb tanpa perlu nak menaip panjang2..hihi.



Yang ni pulak sulam t-shirt sempena hari lahir Airis yang ke-3. Baby bop barney tu saya digitize sendiri tapi banyak lagi yang perlu diperbaiki dalam dgitize ni. Tak expert lagi. 




Ini pulak sulam banner huruf. Yang ni untuk Yasmin Hania sempena kenduri akikah. Banner ni boleh guna kain felt atau cotton, yang ni kawan saya pilih sendiri corak kain dan warnanya sempena tema majlis tu. Sesiapa nak tempah banner untuk birthday party, pertunangan, majlis kahwin ke atau apa-apa majlis bolehlah hubungi saya. Banyak lagi pilihan lain selain bentuk alphabet. Pilihan bentuk tu saya akan masukkan dalam fb sweetlilcraft


Tempahan sulaman lain juga dibuka sehinggalah akhir bulan Oktober sebab bulan November saya dah nak bersalin. Boleh terus whatsapp atau telegram saya ye..019-2020.706.

Daa..sampai jumpa lagi ^^.


Sunday, March 16, 2014

Hasil sulaman dan jahitan

Dah lama tak post kat blog. Hari ni nak share beberapa hasil jahitan dan sulaman, ada beberapa gambar dalam hp. Jadi inilah yang saja dapat dikongsi buat masa ni.

Sesiapa nak tempah sulaman, tempahan sulaman masih dibuka tapi tempahan jahitan ditutup buat masa ni hingga diberitahu kelak.


Leather Accent fold over pouch - pattern by LBG Studio. Tapi saya tak guna leather tapi PU dari us. Hadiah kenalan lama dari US. Lama terperap dalam laci, 4 tahun kemudian baru guna.. ;)


Ni pulak wallet dari Emmaline pattern, tapi saya tukar bahagian flap jadi ala victorian. Next time buat flap mengikut pattern dia pulak.



Yang ni sulam motor untuk mask suami saya. Dah siap lupa nak snap gambar.


Sulam tuala untuk anak best friend saya masa sekolah dulu. Banyak lagi pilihan gambar untuk sulaman, catalog pun tak siap sepenuhnya. Sesiapa nak tempah dan nak tengok catalog boleh klik kat sini. Catalog akan di update masa ke semasa.



Ini pulak cloth pantyliner. Dijahit sepenuhnya mengunakan flannel. Tinggal satu set je lagi yang tidak bertuan. 1 set ada 3 keping.

Oklah, setakat ini dulu. Happy sewing and have a nice day. ^^/

Friday, January 10, 2014

2014 Sweetlilcraft

Selamat Tahun Baru semua, harap-harap masih belum terlambat mengucapkannya. Sekarang Januari 2014, bila diingatkan semula.. saya mula menulis di blog ni pada tahun 2009. April 2009, sweetlilcraft dibuka. Dah 5 tahun dah. Tak banyak perubahan pun. Kawan-kawan seangkatan ada yang telah maju ke depan, terumatana sekocinorlie. Saya sangat  bangga dengannya.

Sebelum bersalin anak pertama, saya ambil keputusan untuk berhenti kerja dan tumpukan sepenuh perhatian pada anak. Namun, dalam masa yang sama ingin buat sesuatu untuk memenuhi luang masa dan menambah sedikit duit poket. Waktu tu saya memang tak tahu nak buat apa, satu hari suami saya balik rumah dan bawa mesin jahit. Haha..surprise. Saya jahit je apa yang terlintas. Pada tahun 2008-2009 tu, kraf felt baru nak berkembang. Beg jarang sangat jumpa. Mula-mula saya buat felt, memang masa tu terlintas nak buat felt craft sebab tu jadi sweet LIL craft, kononnya kraf yang kecik. (tapi sekarang kraf yang besar..).  Sambil buat felt saya suka-suka jahit beg dan pencil case. Tapi kita merancang, Allah yang menentukan..saya dapat banyak order untuk buat beg dari felt. Akhirnya felt berkubur, tinggallah jahit beg.

Tengah rancak dapat order pada tahun 2010, saya mengandung anak kedua. tahun 2011 saya  terpaksa cuti menjahit sebab tak boleh masuk bilik jahit, tengok kain pun nak muntah. Badan pun tak kuat, pinggang sakit dan tak boleh duduk lama untuk menjahit. Tahun 2012-2013, saya kembali menjahit tapi dah slow motion sebab ada anak kecik. Saya jahit mengikut apa yang orang order, beg pun dah slow. Felt craft dan beg dah berkembang macam cendawan tumbuh selepas hujan. Bahan-bahan untuk kraf senang diperolehi, begitu juga untuk jahit beg. Mood menjahit pun ikut musim kekadang datang moog jahit beg, kekadang datang nak menyulam..haha, macam2. 

Apapun sweetlilcraft hanya sampingan, paling penting pada saya adalah anak-anak, saya takut sibuk siapkan tempahan anak-anak pulak terbiar. Niat berhenti kerja dulu pun untuk anak-anak, kan. Semoga Allah berikan yang terbaik.

Ni hasil sulam cover buku akaun saya tahun ni..azam tahun ni list semua duit keluar masuk. Tahun yang lepas-lepas list separuh je. Pastu hilang ntah ke mana..haha. 


All the best pada semua ^^!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...