Saturday, September 29, 2012

Rindu Mak..

Assalamualaikum..

Dah lama saya tak bercerita mengenai keluarga saya kan. Kekadang banyak benda yang nak ditaip kat sini tapi memang takde kesempatan. Nak menjahit pun susah. Setiap hujung minggu saya mesti keluar dengan keluarga. Kalau tak balik Banting, kami keluar jalan-jalan dan ada juga balik Kelantan.

2-3 bulan sebelum raya, saya memang kerap balik Kelantan sebab ziarah nenek yanng uzur. Kat Kelantan, biasanya org panggil nenek dengan panggilan mak, mek atau chek. Saya pun macam tu. Nenek saya, saya panggil mak. Pada tahun 2004, mama iaitu mak kandung saya telah kembali ke rahmatullah kerana kanser tyroid dan merebak ke otak. Arwah mama pula satu-satunya anak mak. Bayangkanlah perasaan ibu yang kehilangan satu-satu anaknya. Setahun dua selepas arwah mama pergi, mak sering menangis. Tengok baju mama menangis apatah lagi kalau bercerita pasal mama. Atuk atau saya panggil ayah pun telah pergi selamanya 2 tahun sebelum arwah mama. Mak sunyi, 5 cucu tempat dia berkongsi kasih. Tapi saya sendiri jauh di Shah Alam, akhirnya cari atuk baru tempat mak berkongsi cerita dan mengadu sakit pening.

Pada tahun 2008, semasa saya dalam pantang melahirkan Amjad, mak disahkan mengidap kanser ovari. Perutnya besar tapi badan kurus sebab tak selera makan. Saya pun tak tahu atas alasan apa apabila perutnya dibedah tapi ovari yang dijangkiti tidak dibuang. Kanser mak dah peringkat akhir, mungkin sudah merebak ke organ-organ lain yang membuatkan doktor buat keputusan macam tu. Jadi, mak kena kimoterapi sebanyak 6 kali. Memang habis botak kepala mak, kening pun takde. Kesian tengok mak. Lepas habis kimo, setiap 3 bulan mak kena ambil darah untuk tengok perkembangan penyakitnya. Alhamdulillah, mak sihat kembali. Mak suka masak, kalau cucu-cucu balik, meja memang penuh dengan makanan.

Lama juga mak bertahan, raya tahun lepas pun mak sibuk buat tapai dengan tok ayah. Awal tahun 2012, kansernya menyerang balik. Mak susah nak buang air besar dan tak selera makan. Badannya kembali susut, memang tinggal kulit dan tulang. Mak hanya terbaring lesu, kalau jiran-jiran datang melawat terhibur jugaklah hati mak. Kekadang diorang datang bacakan yasin.  2 hari lepas saya balik ke Shah Alam selepas beraya di Kelantan, mak muntah darah. Mak dikejarkan ke hospital dan dia mengadu sakit sangat. Morfin untuk menahan sakit pun sudah tak berkesan.

Rupa-rupanya raya tahun ni adalah raya terakhir kami dengan mak. Mak pergi buat selama-lamaya selepas menderita sakit kanser. Innalillahi wainnailai hirojiun, daripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali... Saya sekeluarga bergegas balik ke Kelantan tapi 15 minit terlewat dan tak sempat melihat mak buat kali terakhir. Dah sebulan berlalu, kekadang saya fikir mak masih ada, speed dial kat telefon saya masih lagi ada nama mak. Saya telefon dan suka minta resepi kuih muih kampung. Tengok tudung saji yang mak buat, buat saya rindu padanya =(

Mak, hanya doa ayu kirimkan buat mak di sana. Semoga roh mak dicucuri rahmat olehNya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-fatihah....



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...