Monday, May 7, 2012

Nursing Cover & Others

Alhamdulillah, dapat juga curi masa untuk update blog. Lama betul bersawang blog ni. Aktiviti setiap hari sentiasa penuh. Malam dah tak larat nak stay up untuk menjahit. Minggu lepas ada sukan tahunan kat sekolah Amjad. Habis je aktiviti sukan Amjad, terus ke Melaka sebab my MIL buat cukur jambul untuk 3 cucu lelakinya. Lepas tu bawak anak-anak jalan kat Taman Buaya. Hari Ahad balik singgah Nilai 3 dan Banting, sampai rumah semua dah kepenatan.


Amjad sertai perbarisan sukan sekolahnya. Rumah biru jugak, sama dengan ibu masa sekolah dulu ^___^. Perbarisan sekolahnya dapat nombor satu.



Nursing cover untuk kawan saya. Saya cukup respect pada ibu2 yang berkerja dan menyusukan anak sepenuhnya. Perah lagi, penyimpanan susu lagi..banyak benda gak nak kena buat. Besar pergorbanan ibu untuk anak-anak ni. Alhamdulillah, Amjad dan Fateh pun bf sepenuhnya tapi sebab duduk rumah senang jela takdelah rumit seperti ibu yang bekerja. Kawan saya ni minta buat satu sebab nak bawa anak pergi kursus. 


Sebelah dalamnya saya jahitkan kain lap dari kain flannel, jadi senanglah untuk lap mulut baby. Cuma seluk tangan dan lap.


Ni projek minggu lepas. Ambik gambar masa work in progress. Projek tu dah siap dah pun, sekarang projek beg pulak. Tapi nantilah saya upload gambar projek terbaru tu. Gambarnya belum edit lagi. Oklah, jap lagi nak pergi hantar Amjad sekolah,nak pergi siapkan dia dulu. Jumpa lagi ye ^ ^.

note:  Ohya, dah ada pemenang giveaway Ayesha. Nanti saya poskan ye. Tak sempat lagi nak bungkus dan pos. Insyaallah, dalam minggu ni.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...