Wednesday, March 21, 2012

Amjad's Thomas & Friends Bed.

Assalamualaikum..

Hi semua,

Amjad memang suka Thomas & Friends sejak umur 2 tahun, ini gara2 dapat hadiah keretapi Thomas & Friends pada birthday yg kedua.(gambar kt post ni dah hilang..huhu, nk kena update balik.)

Tapi tak larat nak layan dia kumpul koleksi, bukannya murah mainan tu. Lepas ni Fateh, cukuplah main dengan mainan Abang Amjad yang 2-3 kotak tu. Amjad dah mula sekolah tahun ni, Abahnya janji kalau rajin pergi sekolah abah belikan katil. (sejak pindah rumah baru dia memang takde katil lagi, lagipun sebelum ni tidur atas katil ibu je). Tanya nak katil apa, jawabnya nak katil Thomas. Uwa, puas mencari. Alhamdulillah, akhirnya abahnya jumpa orang jual online. Call, petangnya terus pergi ambik kat rumah orang tu. Syukur dekat je. Harga RM400+, rasanya oklah harga tu sebab ada yg lagi mahal.




Inilah katilnya. Katil ni for toddler jadi saiznya kecil dan rendah dari katil biasa. Tilamnnya kenalah custom made. Syukur ibunya boleh jahit sendiri :P. Sekarang mula minat Angry bird pulak, ingat nak cari kain angry bird for his mattress. Tapi kedai tu takde pulak, belilah Mickey mouse kesukaannya yg lama. Nanti buat coverlah dengan kain Angry bird. Nak beli Thomas jugak memang tak jumpalah. Kalau ada pun mesti mahal sesangat.



Tilam Amjad yang diisi kekabu. Empuk betul, tapi kekadang masih naik tidur atas katil ibu..hehe. Oklah jumpa lagi. Saya takde 25/3-6/4 ni. Insyaallah, jumpa lagi selepas tarikh tu ye.

Happy day and sewing friends ! ^^


2 comments:

Mama Ezry said...

kat mana beli katil ni bole bg link tak?

Mama Ezry said...

kat mana beli katil ni bole bg link tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...