Thursday, December 13, 2012

Love Me Red Riding Hood Ipad Sleeve

Assalamualaikum,

Salam sejahtera semua,

Sekarang kebanyakkan orang dah ada smartphone, ipad, tablet dan sebagainya. Covernya pun macam-macam ada. Cuma kalau nak jadikan ia satu yang unik kenalah beli handmade kan? ^^.

Saya jahit satu LOVE ME RED RIDING HOOD IPAD SLEEVE. Dah lama saya jahit ipad sleeve ni tapi hari ni baru ada kesempatan nak upload. Pattern dari Michelle, design dari saya sendiri. 





Ada poket dan sesuai untuk letak buku, pen, pengecas ipad dan sebagainya.


Wolf cover button and Love Me hand embroidery ^^.


Fabric: Linen blend cotton
Fully padded and interfaced
SOLD

Don't hesitate to email me if you are interested. Only one available, also open for custom order ^^.
{sweetlilcraftshop@gmail.com}

Thursday, December 6, 2012

Amjad & Pink Patchwork Pencil Case

Assalamualaikum..

Hi semua, sekejap je masa berlalu ye. Sekarang dah bulan Disember pun, beberapa minggu lagi dah masuk tahun baru. Bulan Disember tahun lepas saya masuk rumah baru, dah setahun dah rupanya duduk kat sini tapi rasa macam baru je. Amjad pun dah nak masuk 5 tahun dan akan ke sekolah baru tahun depan. 

Kat bawah ni gambar Amjad semasa membuat persembahan pada hari konvokesyen pelajar-pelajar 6 tahun. 


Masa ni dia sebut, " Mungkar and Nakir, questioning us in our grave!". Whoa..lantang sekali dia sebut.



Tengah bernasyid mengenai 10 malaikat. Comel-comel anak-anak ni ^^.

Hari terakhir Amjad jumpa kawan-kawannya masa mengambil buku rekod. Alhamdulillah, pencapaian Amjad memang cemerlang. Cuma saya nak tekankan kepada hafazan sebab nak dia jadi huffaz. Jadi sebab tulah, tahun depan dia akan tukar sekolah. Bersekolah dari pagi sampai petang. Kekadang datang rasa kasihan, kecil lagi, manja dengan ibu..macam-macamlah. Oo..tidak-tidak, saya tolak perasaan tu ketepi. Apa yang penting pelajaran, pembentukkan akhlak dan sahsiah dirinya kearah menjadi muslim sejati. Kalau duduk rumah, nanti tengok tv juga. Banyak pengaruh yang tak elok kat tv ni. Jadi, masa yang ada kita isi dengan perkara yang lebih berfaedah moga hidup dia lebih terisi dengan ilmu dan saya nak dalam dirinya tertanam "akar akidah" yang kuat. Moga pada masa hadapan, walau di mana dia berada, dia tetap sujud pada Allah S.W.T..in shaa Allah, amin.


Ohya, ini dia Pink Patchwork Pencil Case. Gabungan dari kain perca pink yang kiut miut ^^. Saya ikut tutorial kat sini. Dia buat elok je, saya buat tak tersusun. Masa buat tu lupa cara dia jahit dan tak tengok toturial tu. Dah siap baru tengok balik, laa.. salah rupanya saya buat..hehe. Nanti lain kali akan diperbaiki dan diperkemaskan ^^.



Pencil case ni saya hadiahkan pada guru kelas Amjad yang banyak mendidik, mengajar dan melayan kerenah Amjad. Hadiah yang tak seberapa, moga Allah sahaja yang membalas segala ilmu dan budi yang ditabur.


Oklah, setakat ini dulu. Anak-anak pun belum tidur lagi, sementara tu bolehlah sambung menjahit sambil tengok si comel seorang lagi tu. Jumpa lagi ^^.

Sunday, November 25, 2012

New pattern and Sale at Michele Patterns


Pada sesiapa yang berminat dengan pattern dari Michelle. Ini adalah masa terbaik untuk beli pattern darinya sebab tengah sale. Harga sekarang US5, lebih kurang RM15 lebih. Murahlah tu, biasanya harga patternnya US7-8, jadi harga dalam RM21-RM23. Lagi pulak, ada sesetengah patternnya akan naik harga pada tahun hadapan. Kalau berminat, cepat-cepat beli sebab sale pun akhir berakhir esok.

Instructions yang diberi memang mudah nak faham.  Sesetengah yang belum tahu tentang beberapa tip jahit beg atau clutch akan diberitahu rahsianya ;).

Contohnya, sekarang ada pattern baru, Essential wristlet. Pattern ni pattern biasa cuma ada tip macamana nak jahit zip dan cara tak nak bagi buckle atau 'berketul' kat kedua-dua hujung zip. Jadi hasilnya akan lebih kemas dan cantik. Kalau nak tahu, kenalah beli ..hehe. 

Oklah, sesiapa nak kena cepat tau. Nanti sale habis..bye2 :)


Tuesday, November 20, 2012

Car Accessories

Assalamualaikum..

Hi, dah habis bercuti ke? Minggu lepas rasanya ramai yang ambil cuti sempena Deepavali dan Awal Muharram kan. Ohya, sebelum terlambat.. Selamat Tahun Baru 1434H! Moga tahun baru ni lebih baik dari sebelumnya.

Minggu lepas suami saya pun ambil cuti dan bawa kami sekeluarga jalan-jalan. Niatnya nak bercuti jauh sikit tapi rasa takde hati je nak jalan jauh. Kepala pulak asyik fikirkan kerja yang tak siap kat rumah. Jadi jalan-jalan sekitar KL jelah. Pergi zoo, balik Banting pergi pantai. Nanti saya upload gambarnya kemudian.

Sebelum cuti Awal Muharram, saya sempat poskan satu set kereta ke Kedah. Nama Carls tu disulam mesin, dijahit felt bentuk hati dan ditambah butang-butang yang comel.



Gambar ni sebelum ditambah lagi butang comel pada square pillows.

Zoom in pada sulaman..



Inilah sarung bantal yang telah ditambah butang-butang comel kat bahagian yang kosong.

Sekarang tengah nak siapkan satu set diapers bag. Sementara menunggu kain dari Mybotang saya jahit pencil box dan nursing cover. Nursing cover dah siap, pencil box belum lagi sebab nak menampal nama-nama dari felt. Bab memotong huruf-huruf dari felt ni saya yang saya tak berapa suka..huhu. Agak leceh sebab huruf ni berlekok-lekok pastu kecil pulak. Tunggu mood tenang baru boleh buat.

Oklah, selamat bercuti pada cikgu-cikgu dan anak-anak. Ohya, saya tengah mencari pra sekolah yang baru untuk Amjad. Kawan-kawan hantar anak-anak ke mana? 

Sampai jumpa lagi ^^

Tuesday, November 6, 2012

Jennifer Clutch & Giveaway

Salam semua..

Saya masih lagi mencuba pattern Jennifer clutch dan mencari hasil yang terbaik. Beberapa minggu lepas saya dapat jahit dua lagi Jennifer clutch. Jadi semua ada 3 termasuk yang ini. Tak banyak pun..hehe.

Hasil percubaan ini saya nak beri pada sesiapa yang berminat. Saya nak jual rasanya tak eloklah sebab namanya percubaan, jadi ada beberapa perkara yang belum memuaskan hati saya. Walaupun begitu, ia tetap cantik dan boleh digunakan ^^.


Green clutch kat atas tu untuk giveaway. 



Ini pula hasil clutch yang memuaskan hati saya. Jadi yang ini untuk dijual. Harga promosi RM30 tidak termasuk pos. Boleh email saya jika berminat ye. 


Untuk sesiapa yang berminat untuk dapatkannya secara percuma, boleh sertai giveaway di fan page Sweetlilcraft. Terima kasih semua atas sokongan anda :)





Thursday, November 1, 2012

Cloth Pantyliner

Salam semua..

Dah habis demam raya? Saya tak balik kampung tahun ni. Semua yang balik cerita trafik teruk..huhu. Tu yang tak tahan kalau nak balik kampung. Tapi tahun ni raya haji rasa kelainan sikit sebab TV Al-Hijrah selalu siar siaran langsung dari Mekah. Huhu, buat rindu nak ke sana lagi..

Dah habis raya, saya demam jahit pantyliner..hihi. Tapi sempat jahit 8 keping je sebab dok pikir nak siapkan order orang. Nanti ada kesempatan nak siapkan cloth pad pulak. Seperti kita tahu pembunuh utama wanita ialah kanser payudara dan pangkal rahim. Kita pun sering diberitahu tentang bahaya penggunaan pad. Jadi langkah pertama saya, saya tukar pada cloth pantyliner dan cloth pad. Setakat ni saya guna kain flannel dan saya berpuas hati dengannya. Nak beli kain bamboo belum mampu lagi. Cara basuh, saya bersihkan dulu segala kotoran dan masuk mesin..ni kes malas, haha. Tapi kalau nak tahan lama, basuh tangan jelah dan jemur.   


Ada yang nak cuba cloth pantyliner? Sebagai percubaan saya sediakan pek ekonomi, satu set (2 helai) dengan harga RM10 sahaja (SOLD. Terima kasih ^^ ).  Bolehlah buat percubaan. Harga biasa, satu keping RM7-10 bergantung pada jenis dan harga kain. Stok terhad, ada 4 set sahaja. Next time, price will be more higher with the improvement of skill..*wink2*.

Cepat-cepat sebelum kehabisan stok. Sesiapa berminat boleh emel saya ye [sweetlilcraftshop@gmail.com]. Ohya, jangan lupa join giveaway dekat FB fan page ye ^^.

Thursday, October 18, 2012

Nursing cover & Drawstring Pouch

Salam,

2 minggu lepas saya siapkan last order. Siap satu nursing cover dan 8 drawstring pouch.


Macam biasa, ada satu poket sebagai kain lap. Bolehlah buat lap susu kat mulut baby nanti. Poketnya saya guna kain flannel. Jadi lembut je je bila kena pada baby.
(pst, tak sempat nak gosok, terus ambik gambar :P)



Ini dia drawstring pouch tu. Saya buat bentuk U dan agak besar, sesuai untuk isi 6 botol pil ubat seperti yang diminta oleh kawan saya tu . Insyaallah, rasanya dah muat.





Inilah sebahagiannya. Jenis kain-kainnya ada yang 100% cotton, ada yang campur sesuai dengan harganya yang murah ^^.

Oklah, jumpa lagi. Nak pergi ambil Amjad kat sekolah. Bye ^^/. 

Tuesday, October 9, 2012

Jennifer Clutch {wristlet clutch}


Dah lama tak jahit clucth. Ramai geng jahit kat fb yg jahit clutch tapi kebanyakan guna pattern Michelle, saya nak kelainan sikit jadi saya guna pattern dari Sue Kim, IthinkSew. Ni first try jahit guna pattern tu jadi jahit satu dulu sementara siapkan tempahan yang lain. Sekarang dah habis semua tempahan bolehlah jahit projek clutch. Suka dengan hasilnya, besar ~ boleh isi smart phone, wallet even bedak dan lipstik. Ada yang berminat dengan clutch ni ke? Hehe..rasanya nak buat giveaway ^^ . Berminat boleh like fan page sebab saya akan buat giveaway kat fan page.

Program hari ni nak kemas bilik jahit lepas tu siapkan langsir bilik dan cadar. Dah lama beli kainnya tapi tak jahit-jahit lagi sebab siapkan tempahan orang dulu. Minggu depan nak buat majlis hari lahir Fateh pulak. Hmm, sekejap je masa berlalu, dah setahun umur fateh.

Oklah, sampai jumpa lagi. Happy sewing and have a nice day everyone ^^!!.






Saturday, September 29, 2012

Rindu Mak..

Assalamualaikum..

Dah lama saya tak bercerita mengenai keluarga saya kan. Kekadang banyak benda yang nak ditaip kat sini tapi memang takde kesempatan. Nak menjahit pun susah. Setiap hujung minggu saya mesti keluar dengan keluarga. Kalau tak balik Banting, kami keluar jalan-jalan dan ada juga balik Kelantan.

2-3 bulan sebelum raya, saya memang kerap balik Kelantan sebab ziarah nenek yanng uzur. Kat Kelantan, biasanya org panggil nenek dengan panggilan mak, mek atau chek. Saya pun macam tu. Nenek saya, saya panggil mak. Pada tahun 2004, mama iaitu mak kandung saya telah kembali ke rahmatullah kerana kanser tyroid dan merebak ke otak. Arwah mama pula satu-satunya anak mak. Bayangkanlah perasaan ibu yang kehilangan satu-satu anaknya. Setahun dua selepas arwah mama pergi, mak sering menangis. Tengok baju mama menangis apatah lagi kalau bercerita pasal mama. Atuk atau saya panggil ayah pun telah pergi selamanya 2 tahun sebelum arwah mama. Mak sunyi, 5 cucu tempat dia berkongsi kasih. Tapi saya sendiri jauh di Shah Alam, akhirnya cari atuk baru tempat mak berkongsi cerita dan mengadu sakit pening.

Pada tahun 2008, semasa saya dalam pantang melahirkan Amjad, mak disahkan mengidap kanser ovari. Perutnya besar tapi badan kurus sebab tak selera makan. Saya pun tak tahu atas alasan apa apabila perutnya dibedah tapi ovari yang dijangkiti tidak dibuang. Kanser mak dah peringkat akhir, mungkin sudah merebak ke organ-organ lain yang membuatkan doktor buat keputusan macam tu. Jadi, mak kena kimoterapi sebanyak 6 kali. Memang habis botak kepala mak, kening pun takde. Kesian tengok mak. Lepas habis kimo, setiap 3 bulan mak kena ambil darah untuk tengok perkembangan penyakitnya. Alhamdulillah, mak sihat kembali. Mak suka masak, kalau cucu-cucu balik, meja memang penuh dengan makanan.

Lama juga mak bertahan, raya tahun lepas pun mak sibuk buat tapai dengan tok ayah. Awal tahun 2012, kansernya menyerang balik. Mak susah nak buang air besar dan tak selera makan. Badannya kembali susut, memang tinggal kulit dan tulang. Mak hanya terbaring lesu, kalau jiran-jiran datang melawat terhibur jugaklah hati mak. Kekadang diorang datang bacakan yasin.  2 hari lepas saya balik ke Shah Alam selepas beraya di Kelantan, mak muntah darah. Mak dikejarkan ke hospital dan dia mengadu sakit sangat. Morfin untuk menahan sakit pun sudah tak berkesan.

Rupa-rupanya raya tahun ni adalah raya terakhir kami dengan mak. Mak pergi buat selama-lamaya selepas menderita sakit kanser. Innalillahi wainnailai hirojiun, daripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali... Saya sekeluarga bergegas balik ke Kelantan tapi 15 minit terlewat dan tak sempat melihat mak buat kali terakhir. Dah sebulan berlalu, kekadang saya fikir mak masih ada, speed dial kat telefon saya masih lagi ada nama mak. Saya telefon dan suka minta resepi kuih muih kampung. Tengok tudung saji yang mak buat, buat saya rindu padanya =(

Mak, hanya doa ayu kirimkan buat mak di sana. Semoga roh mak dicucuri rahmat olehNya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-fatihah....



Tuesday, September 18, 2012

Diapers Bag & Wallet

Alhamdulillah, siap juga diapers bag ni. Dah lama saya tak menjahit diapers bag. Syukur tak ambik masa yang lama walaupun ingat-ingat lupa cara menjahitnya. Saya tak perasan ada kesan kedut di bahagian badan beg selepas ambik gambar. Dah letak kat FB dan kat sini baru perasan, hmm..nanti kena gosok lagi. 



Bahagian dalam beg ada 4 poket besar.



Satu set dangan diapers beg tu saya jahit wallet. Sebenarnya ia tempahan dari orang yang sama. Banyak lagi yang ditempahnya tapi saya yang tak mampu nak jahit memandangkan ruang waktu untuk menjahit sangat terhad. Ni pun lama betul dia tunggu..



Bahagian dalam wallet ada 6 poket untuk kad, 2 poket untuk duit kertas dan satu bahagian berzip untuk duit syiling. Dompet ni masih sama seperti dompet2 yang lain juga. Insyaallah, dah beres semua order saya nak buat design wallet baru pulak. Tunggu ye ^^..

Tuesday, September 11, 2012

Projek Sebelum Raya

Salam semua..

Susah betul nak ambik masa untuk update. Fateh dah 10 bulan, dah mula bangun dan bertatih 1-2 tapak. Lasak bukan main lagi hero ibu ni berbanding masa Abang Amjad kecil. 

Projek terbaru masih dalam proses, jadi update projek sebelum ni je dululah. 3 pasang seluar jeans yang telah di make over jadi jeans untuk gegirl.  










Design yang ketandusan idea di bulan puasa.. :) Nak jahit satu-satu pun dah tak larat, jadi banyak tampal je.  Kita masih lagi di bulan Syawal, jadi belum terlewat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya buat semua :) . Maaf zahir dan batin jika ada silap dan salah. Oklah, sampai jumpa lagi. Have a nice day semua ^^.

Thursday, August 2, 2012

Black & White Stripe Car Accessories

Assalamualaikum..

Hi, satu lagi set aksesori kereta. Tempahan dari Alyn, terima kasih ye. Suami saya cakap..buat untuk orang je, kereta sendiri takde..hehe. Bila nak buat ntah, masa memang tak mengizinkan. Jadi buat masa sekarang, tempahan ditutup sampai diberitahu. Banyak projek sendiri yang tertangguh. 



Ni pulak sarung kotak tisu. Saya selalu tukar design sarung kotak tisu ni sampailah jumpa yang senang dijahit. Akhirnya, saya rasa yang ni senang dijahit. Polanya saya ambik kat sini. Tapi saya ubah mengikut saiz kotak tisu yang besar.


Saya juga tukar dengan butang biasa sebab takde snap button. Boleh juga guna butang ketip tapi kena jahitlah. Saya M sikit,  jadi guna butang ni lagi senang.. :)

Ada beberapa tempahan lagi nak disiapkan. Kita ni lagi tak siap kerja memang rasa tak senang duduk. Nak buat yang lain pun rasa bersalah je jadi kena siapkan tempahan dulu. Tapi tak sempat nak siapkan semua sebelum raya, jadi kena sambung lagi lepas raya. Raya tahun ni nak cuba jahit baju sendiri, tu pun belum jahit. Harap sempatlah jahit, jangan nanti takde baju raya dahla..hehe.

Hmm, buka puasa nanti nak masak apa ye? Hari ni suami nak makan mee bandung. Alhamdulillah, sejak puasa ni takde ke bazar, adalah sekali masa balik kampung sebab tak sempat masak. Apapun jimat dan puas hati masak sendiri walaupun simple, kan. 

Oklah, sampai jumpa lagi. Terima kasih singgah kat sini. Selamat berpuasa dan berbuka nanti ^^.  

Saturday, July 21, 2012

Selamat Berpuasa



credit - google

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk bertemu Ramadhan al-mubarrak. Buat semua muslimin dan muslimat, Selamat Berpuasa dan semoga kita dapat mengambil peluang pada bulan ini untuk meningkatkan lagi amal ibadah dan terus istiqamah hingga bulan-bulan yang seterusnya..insyaallah.

Ok, jumpa lagi. Take care ^^.

Thursday, July 12, 2012

Sulam Tuala


Hii..ni sulam tuala yang saya cakap pada post yang lepas. Sebenarnya nama tambah nama fateh ngan amjad, tapi tak sempat pulak. Dah tak nyempat nak post kat sini..hehe. Sesapa nak tempah sulam tuala boleh je. Harga kita boleh bincang..

Oklah, jumpa lagi ye ^^


Tuesday, July 10, 2012

Hobo Bag and Jeans Tote Bag

 Assalamualaikum..

Hi..Lama betul ambik masa nak update. Kalau boleh nak disiplinkan diri buat blog entry 3 kali seminggu tapi susah jugak..hmm. 

Oklah, ni beg yang baru diposkan semalam. Simple hobo bag dengan nama disulam mesin. Talinya boleh dibuka, dilaras mengikut panjang yang disukai dan ikat.




Ni pulak jeans tote bag utk lelaki. Sebenarnya saya upcycled seluar jeans jadi beg. Tapi jangan risau, seluar jeans ni saya dapat dari kawan saya yang jual baju bundle. Satu plastik besar saya dapat. Seluar-seluarnya saya dah basuh sebelum dijahit jadi beg. Banyak lagi belum terjahit. Nantilah dah selesai tempahan ni saya nak jahit, upcycled semua jeans tu. Jadi, green the world kan..


Nama disulam mesin juga. Saya pun baru sulam tuala..nanti saya update gambarnya. Ok, sampai jumpa lagi.. ^^

Tuesday, June 19, 2012

Pod Posey Hobo Bag and Wallet

Salam..

Dah lama tak update blog ni kan, sejak ramai guna medium Facebook ni saya sendiri jadi jarang nk update blog. Lebih-lebih lagi dalam keadaan saya yang sering mengejar masa, masa untuk update blog pun dah takde. Hari ni ambik juga kesempatan untuk update sementara tunggu waktu solat.

Dalam bulan Jun ni, hujung minggu dah sarat dengan aktiviti. Macam-macam hal, menjahit pun tak dapat tumpu sepenuhnya. Sekarang pun suami kat wad, kesian duduk seorang je kat sana. Esok kena pergi tidur sana jugaklah.

Ohya, projek jahit ni siap awal bulan 6. Lama betul nak siapkan beg ni. Ada sebulan kot sambil selit-selit jahit nursing cover.  Kain designer cotton by Michael Miller.








Satu set dengan hobo bag, saya jahit wallet Pod posey. Alhamdulillah, dah siap yang ni tapi masih ada lagi order lain yg menunggu. Hmm..mood menjahit dah merundum ni. Fuhh, caiyok2!! Sekarang masa untuk menjahit pun terhad, jadi tempahan ditutup buat sementara waktu hinggalah diberitahu kelak. Kesian pada kawan2 kena tunggu lama nanti..

Oklah, dah azan. Jumpa lagi, bye ^^

Tuesday, May 29, 2012

Petit Love Nursing Cover


Assalamualaikum,

Hi..

Satu lagi nursing cover. Kain cotton dari Mesir, Petit Love & Polka dot blue. Yang ni pun ada poket atau kain lap di bahagian belakang seperti yang sebelum ni. Saya jahit lining juga kat belakang sebab kain putih tu nipis. Thank you Nuha for purchased and happy breastfeeding ^^. 

Monday, May 14, 2012

Ring Pillow, Books and Fabrics

Hi, jumpa lagi. Pada entry yang lepas saya ada tunjuk WIP kan. Seperti dijanjikan, inilah hasilnya...



Ring pillow atau bantal cincin untuk majlis pertunangan antara Fariha & Danny. Bunga-bunga rose tu saya sulam guna NV90E. Untuk nampak mewah, saya guna kain satin tapi kena hati-hati masa tegangkan untuk sulam. Kalau tak, kain boleh rosak. Jarum sulam pun kena tajam betul-betul baru hasil sulam dan kain tak rosak.




With love, Danny & Fariha... mulanya saya sulam guna benang putih. Tapi nampak suram pulak, jadi saya sulam tangan untuk naikkan seri  perkataan tu.

Alhamdulillah, tuan punya bantal cincin ni suka ^^.

~ ~ ~ ~ * ~ ~ ~ ~

3 bulan lepas saya beli buku-buku ni secara online kat Acmamall. Harga buku memang murah dari biasa cuma kena sabar menunngu. Hampir 3 minggu juga saya tunggu. Tiap-tiap hari tunggu posmen..huhu. Ni beli buku nak lepas geram sebab rasa duit habis ke lain, jadi baik saya beli buku jahitan untuk terapi minda..haha. Tapi yang tak suka bila beli online ni kita tak boleh nak belek buku tu betul2 dan tengok kandungannya. Hasilnya, projek-projek dalam buku-buku ni banyak untuk orang yang baru belajar menjahit. Tapi bolehlah untuk saya buat inspirasi. Nanti nak beli buku lagi..huhu.


Dah lama tak shopping kain, singgah jap kat Jakel dengan suami. Suami bagi lampu hijau, beli gaklah 5 meter kain. Tapi 1 meter je untuk setiap design.


Yang ni pulak kirim dengan kawan kat "Geng Gila Kain" (GGK group). Kainnya pun cantik, sesuai untuk buat kotal pensel. Suka2, dapat pulak murah kan ^^.


Malam ni cuba juga siapkan beg. Si kecik tak tidur, susah betul nak menjahit. Hujung minggu lepas, sibuk mengemas bilik Amjad. Barang2 sejak pindah hari tu masih lagi berlonggok dalam biliknya. Alhamdulillah, tinggal sikit lagi kain baju yang belum kemas. 

Ohya, ada 3 lagi kekosongan untuk kelas menjahit dompet. Jomlah join. Tak rugi, nanti boleh jahit dompet sendiri dan jual :). Yuran RM100 tu untuk pengenalan je. Lain kali mungkin harga akan meningkat. Mesin jahit saya ada dua, digalakkan bawa mesin jahit sendiri supaya proses belajar berjalan lancar. Apa-apa maklumat tambahan boleh emel saya. Oklah, nak sambung jahit beg. Jumpa lagi ^^




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...