Tuesday, July 27, 2010

Free Tutorial & Pattern

Salam semua, orang kata sharing is caring kan? Jadi, hari ni saya dengan besar hati saya ingin berkongsi free tutorials & patterns ^_^. Tapi bukan saya punya tapi dari pelbagai sumber atau blog yang boleh dijadikan rujukan buat kawan-kawan semua.


Saya teringin jugak nak bagi tutorial tapi masa tak mengizinkan. Insyaallah, satu hari nanti. Jadi sebelum sampai hari saya buat tutorial sendiri jadi saya kongsi dulu tutorial dari rakan-rakan crafters yang lain.


Buat masa sekarang baru ada beberapa link yang saya sempat masukkan. Insyaallah, saya akan tambah lagi dari masa ke semasa. Jadi, singgah-singgahlah selalu ye untuk dapatkan info terbaru ^_^.



Segala tutorial boleh dapatkan kat sini :


Happy crafting & sewing everyone


^_^

Friday, July 23, 2010

Jom Exchange Link

Salam semua,

Hari ni mengantuk, mata rasa tak segar je. Nak menjahit pun takde mood. Jadi  saya kemaskini blogroll. Kalau ikutkan dah 2 tahun saya berblogging, tapi sejak dah pindah blog baru, ada alamat yang dah tertinggal dan ada yg juga yang belum tukar alamat saya yang baru.


Saya pun jarang buat blogwalking, maklumlah sibuk dgn menjahit dan Amjad.  Biasanya saya lawat blog yg tinggalkan komen kat blog atau kat "kotak chit-chat".


Kat bawah ni sebahagian kawan lama saya masa saya mula2 blogging dulu. Ada yg dah lama saya tak jenguk, gara2 hilang dalam post yg berpindah randah. Ada juga yang saya delete, bkn apa sbb saya tgk link saya takde pun dlm blognya. Jadi saya rasa takperlu nak simpan lagi, memandangkan saya pun tidak melawat blognya.





Kebanyakkan link  saya letak kat myfavesblog. Kalau simpan sini, susah sikit nak update.  Rakan-rakan kraf saya belum tukar kepada icon. Tengoklah bila ada masa free  dan mood^-^. Sesiapa yang nak exchange link boleh tinggalkan komen kat sini. Nanti saya tambah link kat sini dan kt myfavesblog. Thanks ya..have a nice Jumaat ^_^.

Wednesday, July 21, 2010

Wallets

Lama tak update pasal kerjatangan saya kan? Ni sebahagian yg dah siap dan sudah diposkan.




Wallet ni menggunakan kain heavy cotton, small pink flowers. Disulam nama Huda.



Yang ni pulak guna kain green stripes, heavy cotton gak. Sulam gak - Dya. Kedua2 wallet ni ditempah oleh Nabila Huda. Sebelum ni Nabila dah beli 2 wallet, jadi semua dah jadi 4 wallet yg nabila beli. Taktau lah nabila buat apa, pakai sendiri ke bagi kawan2.


Kain yg saya guna utk wallet ni ialah design dari Heidi Grace, Play. Dance. Bloom. Wallet ni untuk Erna, dia mintak pengubahsuaian pada bahagian  dalam, dia taknak zip untuk syiling. Jadi semua nak tempat kad. Hasilnya..inilah. Bahagian penutup, saya ubah sedikit jadi separuh bulat.





Wallet ni pulak ditempah oleh Ros. Ini jugak dari kain yg sama dengan wallet Erna. Tapi designnya seperti kebiasaan cuma atas permintaan Ros, saya tambah Strawberry Zipper Head kat zip.


Ingat lagi diaper backpack yg lepas? Alhamdulillah, Ros dah beli cuma tambah nama anaknya. Afham Zaqwan..sedap namanya ^_^.  Saya jahit guna felt. (gambar yg ada nama ntah mana hilang)

Ohya, perasan tak pada gambar ada pelbagai watermark? Saya taktahu nak pilih, jadi display semua dan tgk yg mana cantik. Rasanya yg mana cantik? Cam tak cantik semua..haha.

Saya dapat inspirasi nak buat watermark ni dari Kak Eya, dia buat biz watermark dan bisnes kad. Cantik2 dia buat, harga yg dijual pun murah. Sesiapa berminat boleh jenguk Eyabizonline. Rasanya kena beli ngan kak eya jugaklah..^_^


Akhir sekali, terima kasih semua..terutama yg menempah wallet2 kt atas tu ^_^

Cotton Time


Alhamdulillah, hari ni dapat parcel dari Sue-mybotang. Suka2 ^_^, terutamanya dapat my first Cotton Time magazine. Best sgt mag ni, mcm2 projek ada. Sebelum ni membelek secara online je, skrg dah ada kat tangan. Mungkin lepas ni boleh beli kat ebay.


Yang lain, kain cotton Jepun ^_^, ada fat eight dan scraps. Fat eight tu boleh buat wallet nanti.  Dan lagi satu buku 75 pattern bags. Siap ada actual size pattern. Best2..^_^. Takyah nak mengukur, buat pattern.

Thursday, July 15, 2010

Craft Supply - Printed ricrac & Colored Fastener

Some printed ricrac and Sew On fastener now available at my LILSTORE. All items are imported from US and hard to found here.




Get  them all these at my LILSTORE.


Cepat-cepat sebelum kehabisan ^_^


note: Saya offline mulai esok hingga Ahad. Segala pembelian boleh dilakukan di Lilstore. Proses penghantaran akan dilakukan secepat mungkin dalam minggu hadapan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...