Tuesday, December 22, 2009

Langkah pertama untuk Tahun Baru 1431H

Sehari sebelum Maal Hijrah, saya ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia di Plaza Alam Sentral. Amjad tinggal dengan abahnya sekejap kat pejabat di Plaza Perangsang. Memang hari tu suami cuti.

Saya fikir saya nak tempah label dalam kuantiti yang banyak tapi kalau ada nama yg sama macamana?? Tentu rugi dan saya pulak yg kena saman sebab guna nama "orang lain" walaupun mungkin itu nama kedai saya pada asalnya. Jadi misi saya hari tu adalah untuk daftar syarikat atau kedai saya.

Saya perlu pilih 3 nama dan isi borang pencarian nama. Nama-nama yang saya pilih:
1. Sweetlilcraft Shoppe
2. Sweetlilcraft Collections
3. Sweetlilcraft

Saya menunggu hampir 1jam setengah. Dalam masa menunggu, apa saya buat?? Hihi..saya ukir getah pemadam untuk dijadikan koleksi rubber stamp saya. Siap juga satu stamp "Thank You", yg ni saya akan guna utk cop di resit simpanan pelanggan (gambar no.2). Pada gambar no.1 juga adalah salah satu rubber stamp saya "Mr Bani Buni" ^-^.

Ok, berbalik pada nama tadi. Akhirnya saya dapat nama SWEETLILCRAFT COLLECTIONS.(gambar no.3). Saya agak, mungkin nama pertama tak dapat sebab ejaan shoppe bukan shop. Silap saya juga tak fikir masak-masak sebelum buat pemilihan nama, jadi sekarang nama blog kedai saya pun kena tukar..huhu. Saya tak tahu nak decide samada nak tukar sweetlilcraftcollections.blogspot atau sweetlilcraftcollections.com dan jika saya beli domain dari blogspot, blog lama saya boleh terus direct kepada alamat baru. Tak byk benda yg perlu dibuat lagi. Tapi berbaloi ke?
Apa pendapat kawan2, boleh bagi advice tak??

Thanks for reading and review. Million thanks ahead for those who leave their comments ^^..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...