Friday, October 2, 2009

Lamanya...

Assalamualaikum...

Lamanya tak update kan? Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih buat kawan2 yg prihatin dan mendoakan kesihatan saya. Sangat2 menghargainya ^^. Alhamdullilah, saya dah pun sihat. Result pembedahan pun dah tau. Syukur tak ada apa2 yang membimbangkan. Cuma dia pesan kalau nak elakkan dari terkena 'pembunuh wanita' tu, kurangkan makanan berlemak. Buat masa sekarang, Amjad taknak menyusu lagi sebelah tu sebab masih ada parut dan rasa keras pada bahagian yg dipotong. Cuba gak dibagi tapi sekali letak je, pastu dia sengih..:11:. Tau dia bezakan..hihi.

Cerita raya, penatla rasanya. Mungkin lain kali balik Kelantan naik flight jela. Letih duduk dalam kereta berjam2 sbb jam. Nak berjalan ke rumah kawan2 kat kampung tergendala..bowing:08:. Gambar raya, tertinggal kat kg. Nanti upload kemudian ye.

Amjad..fuhh, dah makin lasak. Sekarang usiannya 14 bulan. Kerusi, meja dah dipanjatnya. Kalau pergi shopping kompleks, pantang letak..nanti satu mall tu dia pusing. Bab makan, nak suap sendiri..habisla satu rumah 'dikemasnya'. Dah tau beberapa perkataan, bila disebut dia akan tunjukkan benda tu. Contohnya cat, fish, lizard, nose, ball.

Pasal kraf, saya dapat 'baby' baru..nak tau apa?? Nanti saya cerita kemudian.

Satu lagi, bawah ni sneak peek tudung bidang 60. Kain cotton, panas2 diterbangkan dari Mesir. Semua 20 keping je. Berminat boleh singgah ke Sweetlilcraft Shop. . Tapi belum diupload gambar lagi. Sabar ye..

Cukup dulu, nanti cerita lagi. Terima kasih ^^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...