Friday, November 28, 2008

Ole-ole untuk kwn2 blogger..

Semalam sibuk mencari toybox untuk kawan2 yg x-change link ngan sy. Ini sebagai perhargaan untuk kwn2 blogger..hehe. Bukan apa pun,saje suka benda cute ni..( ^_^), jadi share ngankwn2. Ingatkan nk buat tunjuk kt toy keluar nama, dah cuba tp takdptla..hehe, bkn pandai sgt pun. Jadi, terpaksala sy listkan kt sini.(ikut turutan dr kiri ke kanan)..
kak tirana, ayom, munirah, shela, yong, sya, chokilala, maria, sue, may, honey, mamaafiq, faezah,
irnie, zuai, cintamiloais, della, niza, mamakaisah, pu3, ai, reena dan rama-rama merahjambu..hehe, pink butterfly. Harap kwn2 sudi terimanya..ambikla ole2 dr sy yg sy linkkan pd blog kwn2. Toybox tu ada kt kolum sebelah. Sesiapa nk xchange link boleh 'jerit' kt shoutbox..sy akan cuba add ur link secepat mungkin..
:littlegirl1:

Thursday, November 27, 2008

Award dr ayong..

Cute kan?? hehe..sy dpt ni dari ayong. Terima kasih ye yong share award ni..:kiss:
Jadi, sy pn share award ni dgn kwn baru sy..
ayom
niza lisa
pinkbutterfly
shela&zul
cintamiloais - dah lama menyepi..
Harap sudi tempek kat blog ye.

Wednesday, November 26, 2008

Amjad on 4 mos..

Pada 17 Nov yg lepas, Amjad dah genap 4 bulan. Makin tak sabar tunggu dia boleh makan nestum. Alhamdulillah..Amjad membesar dgn sihat. Apa yg perkembangannya..hmm;

1. berat masa lahir 3.1kg, skrg dah 6.8kg.
2. dulu senyum je, skrg dah mula gelak mengekek (kekadangla).
3.dah boleh pegang barang dan bw ke mulut.
4.hisap jari.
5.dah mula kenal org..dah mula taknak ngan org lain. asyik ibu ngan abah jela yg kena dukung.
6.tido mengiring..skrg dah mula belajar meniarap.
7.mula belajar tido lambat.
8. 5-10 minit boleh dok diam main mainan dia..pastu, kena dok sebelah layan dia atau riba.
9. tgk tv..saluran ceria (hehe..bolela diam kejap)
10.puting dah taknak sgt dah..pandai je tolak sendiri ngan tgn. tak pun diluehnnya jauh2 (bagusla..risau kot tak nak lepaskan puting)

Tuesday, November 25, 2008

Islam sentiasa...


Islam Sentiasa Membawa Kemenangan :

OrAnG BeRiLmU iTu SeLaLu MeNanG DaLam peRgaUlaN... KrN DiA mEmbIasAkaN
SENYUM
Bila DiCaCi,
LEMAH LEMBUT
biLa DiHina,
DIAM
biLA DiMaraHi,
&
BALAS KEBAIKAN
biLa OranG MeMbUaT KejAhaTaN.


Tak semua orang boleh miliki sifat ini tanpa kesabaran dan keikhlasan yang tinggi. Moga kita dikurniakan Allah segala kebaikan..aminn.

Monday, November 24, 2008

Tag masa mengandung..

Bagaimana rupa anda semasa mengandung??

Dapat gak tag ni..ingatkan tak dpt. Tag ni Irnie yg bg. Sebenarnya tak byk gambar diambil masa pregnant ni, byk ambil gambar org lain je. Gambar bawah ni, gambar last diambil sblm dpt tau sy pregnant. Ni bergambar ngan anak murid semasa malam anugerah kt Hotel Singgahsana.

Sy kawin Mei 2003, bln Julai 2003 tu pregnant..tp xde rezki, keguguran. Lama tunggu..mcm2 tempat g berubat. Mac 2006, pregnant kembar tp blum sempat bercambah..gugur lagi..iskh2.
Nekad, tahun 2007 nak buat IVF. Kumpul duit tiap2 bln..tiap2 bln gak jumpa Dr. Zamri kt DEMC, Shah Alam. Then, bln 11 2007 tu..tunggu 'bln mengambang' tp tak juga dtg. Biasanya tiap bln harap takdela'cuti', tp bln ni plak ditunggu 'cuti' sbb nak kena cucuk ubat subur.
2 minggu lewat, kepala selalu gak pening2 tp masa tu taknak test sbb selalu sgt bila test, negatif je. Suami dah tak sabar, last..dia g buat. Sebak, menangis..rezeki yg lama ditunggu akhirnya Allah kurniakan juga. Syukur sgt..terus buat sujud syukur. Takdela keluar belanja untuk buat IVF. Rupanya..masa malam anugerah pelajar cemerlang tu sy dah pregnant..:) Terima kasih pada semua yg mendoakan kami. Takde alahan sgt, cuma pening2..penat. Rupanya kurang darah. Week 36-masuk wad tambah darah 2 pain..waa, sakit. (cam beku je tgn msuk darah sejuk).

1. Berat sebelum mengandung
45kg

2. Berat terakhir mengandung sebelum bersalin
69kg-naik mendadak. Tapi muka takdela bulat sgt.


3. Berat selepas habis pantang
tak pasti..tak timbang pun. Rasanya 50kg

4. Apa yang korang suka makan masa mengandung
Masa alahan-western food (nasi tak boleh
makan). Tak suka mkn asam..sbb mulut mmg rs msm je.
Habis alahan..mesti nak mkn nasi, terutama telur masak gulai lemak kuning, ikan goreng ngan sambal belacan. Fuhh..habis sepingan la.

5. Hospital mana anda bersalin
Darul Ehsan Medical Center (DMEC), Shah Alam. Dr. Zamri yg sambut..doc lelaki sbb dia yg pantau dr awal sblm preg. Doc ni mmg lemah lembut, nurse pn baik2. Servis tip top la..lgpn kita byr kan..(company suami cover).

6. Tunjukkan gambar mengandung at least 5 kpg..
yg penting sekali gambar masa last pregnant


ni masa 6 bulan++

7 bln. Sblm g kerja, sempat g posing kejap.

Ni 8 bulan..bergambar sblm berhenti mengajar.

ni dah 9 bln..bergambar kt umah.


Gambar terakhir diambil. Ni beberapa jam sblm brsalin..lepas kena induce.

Yang ni lepas pantang..dlm bulan puasa, Amjad admitted at SJMC tuk buang hernia.

Skrg berat dah kembali asal..46kg..;)

Sunday, November 23, 2008

Takde cerite, cuma gambar menceritakan..

Kat Tabung Haji, Kelana Jaya.


Gambar Amjad 3 bulan.


:kiss:


Wednesday, November 19, 2008

Pemberian..


Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan di kandung tanah
Budi yang baik dikenang juga

Kali ni dapat kad dan pantun pulak dari kak tirana, terima kasih banyak2 ye kak.
Terima kasih daun keladi, lain kali nak lagi...hehe.

post signature

Monday, November 17, 2008

award lagi..



Saya dapat award ni dari munirah, seorang yg aktif 'berblogger' dan kreatif gak orangnya. Hemm..Baru hari ni dpt tayang. Thanks munirah..moga persahabatan ini kekal.

Jadi, saya nak kongsikan award ni untuk kawan2 baru saya..
mamaafiq
sya
cintamiloais
may
faezah - ni kwn lama ni,kwn masa kat universiti dulu.

Moga ukhwah yg terjalin bertambah erat.

Buat munirah, kad in buat munirah..:cat:

post signature

Friday, November 14, 2008

Award yg cantik..




:girl_9:
Award ni dah lama Reena kongsikan dgn rakan2 blogger. Tapi lupa nak masukkan dlm post. Jadi sy pun nak kongsikan juga award ni pada rakan2 blogger yg baca blog saya.

Terima kasih pada Reena dan terima kasih banyak2 pada semua yg sudi baca blog sy yg tak seberapa ni..harap rakan2 sudila menerimanya.

:girl_4:
Buat Reena, sy tujukan kad ini khas untuk Reena. Moga ukhwah yg terjalin bertambah erat.


post signature

Thursday, November 13, 2008

Tag dari Reena

Sepatutnya dah lama selesaikan tag ni tp biasala tak nyempat. Sori ye reena..dah selesaikan tugasan..:)
Tengokla muka yg comot tu. Bawah mata pun dah gelap, nak wat camne..putera hati sy tu kerap sgt bangun malam nak nyusu..agak cengkung sedikit. Sori gak, nak kena snap pakai tudung. Haha..inilah gambar paling comot.

Rules n condition tag nih :-
1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.
2) Don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture.
3) Post that picture with NO editing.
4) Post these instruction with your picture.
5) Tag 10 people to do this - yang ni, sapa tak buat lagi buatla ye..

post signature

Update..

:littlegirl1:
Dah banyak hari tak update blog..lepas balik kampung hari tu badan rasa penat je. Waktu malam,lepas susukan Amjad..ibunya pun tertidur sekali.Lebih2 lagi Amjad dah pandai taknak lepaskan susu walau dah tidur. Kita tarik je,dia jaga..pastu nk nyusu lgla.Tak kisahla..dia makin membesar, jd nyusu pun kuat.

Balik kampung hari tu, ada buat makan2 sikit sempena jiran yg nk berpindah jauh. Dah berpuluh tahun dia menyewa kat sebelah rumah makcik tu. Tiba2 nk kena pindah Perak, temankan mak dia kt sana. Tak taula bila boleh jumpa lg.

Ni je menu2 yg terhidang, simple je..ada kerang goreng kicap, pecal (org jawa taula ni), patin masak tempoyak (fuhh..memang terangkatla masakan mak usu ni) dan mee goreng.


Tengahari esoknya, sebelum balik rumah tu gi jln2 Alamanda jap. Ingat nak cari Big Apple Donut, rupanya baru nak bukak..frust betul. Makan tghari kt JM Briyani (tak silapla..lupala namanya) sy ni tak brape suka nasi briyani ni, kalau dpt mkn abis tu kira sedapla.Air bandungnya suami sukala..sy plak tak suka sbb dicampur soda. Tak sampai separuh pun minum..hmm,membazir betul. Lepas mkn pusing2la kejap..ada butik jual pakaian muslimah..lupa namanya.Tapi brandnya ingatla..TURKUAZ.Waa..lawa bajunya tp tgk harga, mmm..takjadila..RM299.90.

Balik rumah,terus melepek..penattt. Sabtu ni pun takde kt rumah lg, pegi hantar makcik nak pergi Mekah. Moga pakcik dan mkcik selamat sampai sana..dan kami sekeluarga pun dapat jadi tetamu Allah dlm setahun dua lagi..insyaallah.

post signature

Jangan Berputus Asa

Janganlah berputus asa karena ia bukan akhlak kaum muslimin. Hakikat hari ini adalah impian hari kemarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. Kesempatan masih luas dan unsur-unsur kebaikan masih kuat dan besar dalam jiwa kalian yang mukmin, meskipun tertutupi oleh berbagai fenomena kerosakan. Yang lemah tidak selamanya lemah, dan yang kuat tidak selamanya menjadi kuat.
(Imam Hasan al-Banna)

post signature

Friday, November 7, 2008

Bertukar kulit dan award

Hari ni bertukarlah lagi kulitnya.Rasanya kulit lama tu dah tak tersusun dan susah nak dikemas dah..hihi,jadi inilah hasilnya. Kawan2 jgn terkejut..mungkin kulitnya akan bertukar kerap kali. Masih lagi tak puas hati sebab tajuk setiap post tu kecik dan warna sama je ngan isi. Sapa2 tau tak camner nak tukar warna dan nak letak border bawah tajuk??

Award..ni pun first time dpt award yg ditujukan pada saya..comel je. Hehe, terima kasih banyak2 ye kak tirana.



Award yg saya terima ini saya tujukan khas buat semua kawan2 yg tersenarai kat sebelah tu. Inilah kawan2 sentiasa sudi membaca dan komen kt sini. Tanpa kawan2 tak ceriala saya..:)Harap semua sudi menerimanya.

Buat kak Tirana, kad ini khas untuk akak yang sentiasa bagi nasihat dan dorongan serta menitipkan doa.

post signature

Thursday, November 6, 2008

Tag pertama..


Ini adalah tag dari kak tirana yg begitu menghargai org lain yg dikenali sbg kawan maupun sahabat walau hanya di alam maya.

:mStudy:

Hemm..ini first time dpt tag yg ditujukan khas untuk saya. Lama gak pikir nak jawab..apapun, here there are..

Every question is referring to 1 person: Muhammad Amjad

1. What is the relationship of you and him?

- ibu dan anak


2. Your 5 impressions towards him.

- suka sangat senyum..kecik2 dah bersedekah..:)
- skrg dah suka tidur mengiring
- dpt jln2 pasti senyap..(ikut ibu dia la tu)
- rambut baru tumbuh sikit
- takde gigi lagi..hehe,mana nak ada gigi lagi, baru 3 bulan.


3. The most memorable things he had done for you.

- pandang dan senyum dengan lebarnya setiap kali bangun pagi, lepas nyusu dan waktu mandi.


4. The most memorable things he has said to you?

- iskh,iskh..mana reti cakap lagi..:)


5. If he become your lover, you will

- dia adalah kesayangan ku..apa yg terbaik akan ku titipkan.


6. If he become your enemy, you will…

- ibu mana yg akan memusuhi anak sendiri..


7. If he become your lover, he has to improve on…

- masih kecil untuk buktikan sesuatu..jd anak yg soleh, tiap ibu impikan.


8. If he become your enemy, the reason is…

- seburuk manapun, dia tetap anugerah Allah..takkan jd musuh seorg ibu.


9. The most desirable thing to do on him is?

- ingin mendidiknya menjadi khalifah Allah yg taat pd-Nya dan rasul, juga ibu dan abahnya.


10. The overall impression of him is

- amanah dan anugerah Allah yg amat bernilai.


11. How do you think the people around you will feel about you?

- rasanya orang cakap saya ni lemah lembut kot...:) betul ke? hanya jauhari kenal manikam.


12. The character of you for yourself is?

- pendiam


13. On contrary, the character you hate of yourself is?

- degil...hahaha


14. The most ideal person that you wanna be is?

- masih berusaha untuk menjadi anak yg soleh, ibu yg mithali dan isteri yg solehah..insyaallah.


15. For the people who care about and like you, say something about them.

- tentu saja berterima kasih, care and like them too. Moga Allah memberi kebahagiaan kepada mereka.


16. Five people to tag:

- pegi sekolah pakai nametag, ada orang nak kena tag.

:mGelak:

- hehe..siap pantun plak..:)
- to my precious friends, bolelah jawab tag ye.

post signature

Wednesday, November 5, 2008

Wajah kesayangan hamba..



Telatahmu mencuit hati ibu dan abah..




~ Tersenyum tiap kali ditegur dan diacah ~




~ Aksi ingin mendapatkan angsa mainannya ~




~ Tengah mandi ni ~


post signature

My life with Amjad..

Dah banyak hari tak post entry. Biasala bila ada anak kecik. Masa dia tidur bolehla surf kejap tp kekadang sibuk pulak hal rumahtangga. Iyelah..dah jadi suri rumahtangga sepenuhnya. Pagi2..breakfast,basuh kain, jemur kain. Amjad bangun, mandikan dia..lepas tu susukan dia. Masa nyusukan dia, ibunya pun terlelapla kejap. Waktu tengahari, kalau Amjad tido..terus masak untuk malamm sekali. Karang petang, dia dah bangun tak boleh nak ke dapur.

Itulah rutin harian..kehidupan yg seronok dgn kehadiran Amjad. Tak miss untuk tengok perkembangan dia membesar,kekadang..masa bermain tu, ada gak tunjukkan gambar2 dalam buku yg dibelikan untuk dia. Tiap kali tgk gambar,pasti menjawab..beri reaksi pd gambar.

Hujung minggu pasti keluar, selalunya balik kampungla..alhamdulillah, dia dah tak kerenah masa dalam kereta. Kalau dulu, nak tidur nak buaian gak..macamana nak buai dlm kete??? Tapi skrg, dia mudah terlena atas riba je. Kalau tak tidur, mata melilau je tgk kereta, lampu dan benda2 yg bergerak. Paling suka..dia suka tersenyum. Pagi2 lagi bila bangun pagi, dah senyum lebar tunjuk lesung pipitnya pada ibu dan abah. Pantang tengok, dan senyum padanya, pasti dia tersenyum lebar.

Alhamdulillah..dia tak banyak kerenah. Inilah anugerah dan amanah Allah yg tak ternilai.


post signature

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...